Kepala Ikan Asam
Bahan-bahannya :-
1 kepala ikan kurau atau kerisi
300g atau 2 biji terung hijau
2 batang serai - dititik
1 cbsr penuh kelapa parut - disangai dalam kuali kering hingga garing, kemudian ditumbuk halus dijadikan kerisik
1 cbsr penuh asam jawa } dicampurkan, ditapis
3 cawan air } dan ambil air asamnya
5 cbsr minyak
garam secukup rasa
10 helai daun kesum - gunakan daunnya sahaja
Bahan Untuk diKisar:-
20 tangkai lada kering - direndam
5 tangkai lada merah
1 biji bawang besar
1 cbsr rata belacan
2 sm kunyit basah atau 1 cteh serbuk kunyit
1/4 cawan air jika menggunakan pengisar
Cara Membuatnya :-
- Bersihkan dan cuci kepala ikan dengan sedikit garam. Dikerat kepada 4 bahagian atau jika suka biarkan kepala ikan begitu sahaja.
- Terung yang digunakan itu hendaklah lebih dahuludibuangkan bahagian atasnya. Kemudian dipotong dua memanjang. Setiap bahagian pula dikerat 3.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar selama 1 minit. Campurkan serai dan gerisik kelapa, digaul sehingga bangkit baunya.
- Masukkan terung dan apabila warnanya mulai berubahtuangkan air asam. Bubuh garam dan masak lagi hingga mendidih. Apabila mendidih, masukkan daun kesum dan kepala ikan. Direnih selama 7-8 minit hingga kepala ikan masak.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home